MH370: AS Belum Muktamad Misi Pencarian Di Lautan Hindi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 8:21 AM

Kapal pemusnah berpeluru USS Kidd. -foto EPA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kawasan pencarian baharu di Lautan Hindi menimbulkan harapan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang apabila Pentagon mengesahkan terdapatnya bukti baharu yang diperolehi.

Seorang pegawai Pentagon memberitahu 'The Star' bahawa Amerika Syarikat (AS) telah membuka kawasan baharu penyiasatan berikutan tanda-tanda pesawat Boeing 777- 200ER itu mungkin terjunam di sana.

Ketika dihubungi pada pukul 2 pagi Jumaat, pegawai itu berkata beliau tidak tahu sama ada kapal pemusnah berpeluru AS, USS Kidd telah menuju ke sana untuk operasi mencari.

"Setiausaha Akhbar Rumah Putih baru sahaja berkata bahawa kita akan membuka kawasan carian di Lautan Hindi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan oleh ABC News, yang melaporkan bahawa para pegawai AS mempunyai 'petunjuk' bahawa kapal terbang Malaysia Airlines yang hilang itu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan menggerakkan USS Kidd ke kawasan tersebut untuk memulakan operasi mencari.

Laporan itu memetik seorang pegawai kanan Pentagon sebagai berkata bahawa usaha ini akan mengambil lagi 24 jam untuk menggerakkan kapal dalam kedudukan.

Reuters melaporkan bahawa jurucakap White House Jay Carney berkata mereka mempunyai maklumat baru mengenai di mana pesawat berada.

"Dari pemahaman saya, berdasarkan beberapa maklumat baharu yang tidak semestinya muktamad, tetapi maklumat baru - satu kawasan carian tambahan mungkin akan dibuka di Lautan Hindi.

"Dan kita berunding dengan rakan kongsi antarabangsa mengenai aset yang sesuai untuk digunakan," katanya.

Dalam transkrip taklimat akhbar terkini Rumah Putih di laman webnya, Jay berkata masih terlalu awal untuk membuat apa-apa kesimpulan daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap kapal terbang yang hilang.

"Pada pandangan kami, kesimpulan tidak boleh dibuat pada masa ini dan kami terus mengambil bahagian secara aktif dalam usaha mencari dan juga membantu kerajaan Malaysia dalam penyiasatan.

"Saya boleh mengingatkan anda jika anda perlu tahu aset yang kita telah dihantar ke rantau ini, ia termasuk pesawat udara dan helikopter dan dua kapal pemusnah yang merupakan sebahagian daripada aset untuk usaha carian dijalankan.

"Tetapi apabila datang kepada kesimpulan penyiasatan, ia adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, pada pandangan kami," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan