MH370: Polis Tidak Geledah, Hanya Kumpul Maklumat - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 6:34 PM

Ahmad Zahid mengadakan sidang media selepas taklimat tertutup berhubung PRK Kajang bersama Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan (kanan) dan Timbalannya Datuk Abdul Rahim Jaafar (kiri) di Maktab PDRM di Cheras, Khamis.

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Kehadiran anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke rumah ahli keluarga anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 bertujuan mendapatkan maklumat bagi membantu pencarian pesawat yang hilang sejak Sabtu lalu dan bukannya melakukan pengeledahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian bagi menafikan dakwaan kononnya pasukan keselamatan itu menyerbu rumah anak kapal pesawat berkenaan seperti yang dilaporkan media antabangsa.

"Apa yang dilakukan ialah mencari maklumat...bukan menyiasat.

"Ia digunakan untuk mempermudahkan pencarian jika ada maklumat tambahan yang boleh digunakan sebagai nilai tambah dan menjadi petunjuk," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat PRK Kajang di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ahmad Zahid mengesahkan bahawa pertemuan dengan anggota keluarga anak kapal MH370 itu dibuat di rumah dan beberapa lokasi lain.

"Kerja polis biasalah untuk mencari bahan-bahan bagi memudahkan pencarian jika ada unsur-unsur yang didapati boleh membantu...saya tak fikir ia dibuat untuk diambil tindakan," katanya.

Terdahulu menerusi laporan beberapa media asing awal hari ini, mereka mendakwa terdapat laporan kononnya rumah juruterbang dan anak kapal MH370 digeledah oleh PDRM pada Rabu malam.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah turut menafikan dakwaan berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai siasatan terhadap isu penggunaan pasport curi oleh dua warga asing yang menaiki MH370, Ahmad Zahid berkata Jabatan Imigresen telah merakam keterangan empat anggotanya mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau kesemua empat anggota berkenaan tidak diambil sebarang tindakan.

"Tidak perlu dikenakan tindakan disiplin terhadap mereka kerana semua urusan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.


Tags / Kata Kunci: PDRM , Kastam , MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan