Pesawat Disyaki Terbang Empat Jam Selepas Terputus Hubungan

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia yang hilang berada di udara selama empat jam selepas terputus hubungan, Wall Street Journal melaporkan Khamis.

Menurut laporan tersebut, penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara mendasarkan teori mereka kepada data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke darat dari enjin Rolls Royce yang mencadangkan bahawa Boeing 777 terbang selama lima jam.

WSJ mengaitkan maklumat itu kepada dua sumber yang tidak dapat dikenalpasti yang 'biasa dengan butiran' tersebut.


Ini bermakna, penerbangan Malaysia Airlines yang mempunyai 239 orang di atas kapal mungkin membuat perjalanan selama beratus-ratus batu selepas membuat hubungan terakhir dengan kawalan trafik udara pada kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu, kira-kira satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pasukan carian telah pun meliputi kawasan yang besar yang terdiri daripada 27,000 batu nautika (lebih 90,000 kilometer persegi) dari Laut China Selatan di perairan barat Malaysia.

Penyiasat menjelaskan bahawa mereka masih menimbangkan bahawa berlakunya rampasan sebagai salah satu teori siasatan dan CIA tidak menolak kehilangan mempunyai kaitan dengan serangan keganasan.

"Pegawai antikeganasan AS berkata terdapat kemungkinan juruterbang atau seseorang yang lain di atas pesawat itu mungkin mengalihkan pesawat ke arah lokasi yang tidak didedahkan selepas sengaja mematikan transponder pesawat untuk mengelakkan daripada pengesanan radar," lapor WSJ, memetik "seorang yang membuat pengesanan dalam siasatan".

Ketidakpastian mengenai pesawat dan mengapa transponder tidak berfungsi "telah menimbulkan teori di kalangan penyiasat bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas atas sebab-sebab yang kelihatan tidak jelas kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat". -AFP

Tags / Kata Kunci: amerika , rampasan , mh370

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan