MAS Ganti MH370, MH371 Dengan Kod Penerbangan Baharu

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 1:43 PM

Model pesawat MH370 B777-200ER.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kod penerbangan MH370 dan MH371 yang diguna oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur akan diganti kod baharu bermula pada Jumaat.

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata langkah menghentikan penggunaan kedua-dua kod tersebut sebagai menghormati 239 penumpang dan kru pesawat MH370 yang dilapor hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari ibu negara Malaysia ke Beijing.

Operasi mencari besar-besaran antarabangsa yang dilakukan dari udara dan laut sehingga kini belum membuahkan hasil.

Menurut kenyataan itu MAS akan menggunakan kod MH318 bagi penerbangan Kuala Lumpur-Beijing dan MH319 untuk Beijing-Kuala Lumpur.

"Kekerapan penerbangan kami tidak berubah dan kami akan terus melakukan dua penerbangan sehari ke Beijing.

"Ingatan dan doa kami kekal bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerja kami dan juga penumpang MH370," kata MAS.
Tags / Kata Kunci: MH370 , MH371 , MAS , MH318 , MH319

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan