Malaysia Hantar Pesawat Ke kawasan 'Imej Terapung' Dikesan Satelit China

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 11:03 AM

MH370
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia, pada Khamis menghantar pesawat untuk menyiasat kawasan yang menunjukkan gambar tiga "objek terapung" yang dirakamkan satelit China.

"Krew Bombardier APMM telah dihantar untuk menyiasat dakwaan imej serpihan yang ditemui oleh satelit Cina," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter beliau.


Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang masuk hari keenam dengan 239 orang berada di atas kapal.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China pada lewat malam Rabu berkata, satelitnya melihat beberapa objek dikawasan yang disyaki pesawat terhempas dekat Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dan gambar tersebut sedang dianalisis.

Objek yang dikesan satelit China ditemui pada kedudukan 105.63 darjah Longitud Timur dan 6.7 darjah Latitud Utara, kata pentadbiran tersebut di laman webnya.


Menurut laman web itu, objek tersebut bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometer dengan saiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. -AFP

Tags / Kata Kunci: terapung , satelit , china , mh370 , mas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan