KLIA2 Dibuka 2 Mei - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 1:54 PM

Pemandangan dari atas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dirakamkan pada 7 Januari 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan dibuka pada 2 Mei ini seperti yang dijadualkan.

Pemangku Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menafikan dakwaan bahawa 65 peratus daripada bangunan terminal KLIA 2 gagal dalam pemeriksaan keselamatan.

Beliau berkata satu pemeriksaan keselamatan yang dijalankan pada Januari lepas mendapati kerja perparitan dan jalan masih belum siap sepenuhnya selain berlaku keretakan paip pembentungan akibat mendapan tanah.

"Namun pada 27 Feb 2014, satu pemeriksaan susulan dijalankan dan mendapati kerja perparitan dan jalan telah siap sepenuhnya," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Hishammuddin menjelaskan kerja pembentungan pula masih dilaksanakan dan akan siap April ini.

Pua dalam soalannya ingin tahu sama ada pembukaan KLIA 2 akan ditunda kerana menurut laporan pihak berkuasa 65 peratus bangunan terminal tidak lulus pemeriksaan keselamatan.

KLIA2 sebelum ini dijadual dibuka pada 30 April sebelum ditunda kepada 2 Mei.
Tags / Kata Kunci: KLIA2 , Hishammuddin Hussein

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan