Kali Terakhir Pesawat Diselenggara Pada 23 Februari - Hishamuddin

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 3:49 PM

MH370 yang dilaporkan hilang disahkan selamat untuk terbang berdasarkan rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesawat Boeing 777-200ER yang membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dilaporkan hilang disahkan selamat untuk terbang berdasarkan rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya berkata setiap pemeriksaan penyelenggaraan pesawat tersebut adalah mengikut masa yang dijadualkan.

"Kali terakhir kapal terbang itu menjalani servis penyelenggaraan rutin adalah pada 23 Februari lalu.

"Servis berikutnya dijadualkan pada 19 Jun 2014.

"Pesawat mematuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA)," menurut Twitter tersebut.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada 8 Mac lalu setelah kira-kira satu jam berlepas dari KLIA.

Usaha mencari telah masuk hari keenam pada Khamis. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan