China Tidak Dapat Sahkan Imej Satelit Ada Kaitan Dengan Pesawat MH370 - Berita Semasa | mStar

China Tidak Dapat Sahkan Imej Satelit Ada Kaitan Dengan Pesawat MH370

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 10:18 AM

Krew Bombardier CL 415MP Cawangan Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Komander Maritim, Ragu Sundararajan membuat operasi mencari dan menyelamat melalui udara dengan 'Search Patern' melalui MSS 6000 sejauh 80 batu nautika dari Gong Kedak sepanjang Pulau Kapas sehingga Pulau Perhentian, setelah mendapat aduan penduduk mengatakan ternampak cahaya di kawasan itu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Ketua penerbangan awam China pada Khamis berkata, tiada bukti bahawa objek terapung di Laut China Selatan yang dikesan oleh satelit ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

"Satelit China mengesan objek terapung dan asap... buat masa ini kita tidak boleh mengesahkan sama ada ia berkaitan dengan pesawat yang hilang itu," kata Li Jiaxiang.

Beliau berkata, tiada sebarang bukti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyembunyikan maklumat mengenai pasawat yang hilang itu.

Tags / Kata Kunci: China , MH370 , MAS , ATM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan