APMM Beri Taklimat Operasi SAR Kepada Keluarga Penumpang MH370

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 8:50 AM

Ahmad Fuzi Ab Kahar.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 malam Rabu diberi taklimat kira-kira tiga jam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu yang hilang sejak Sabtu lepas, di hotel The Everly di sini.

Pihak media yang menghidu kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar mula berkumpul di lobi hotel itu kerana tertanya-tanya kenapa taklimat diberikan hampir lewat malam bermula 11 malam, yang bukan kebiasaan sejak anggota keluarga penumpang ditempatkan di hotel itu.

Anggota keluarga yang menghadiri taklimat itu tidak bercakap kepada media selepas taklimat itu.

Selamat Omar, seorang daripada anggota keluarga penumpang MH370 yang meninggalkan majlis taklimat itu lebih awal semasa ditanya pemberita berkata, taklimat itu lebih menjurus kepada perkembangan operasi SAR.

"Benda biasalah," katanya kepada pemberita yang dilihat seolah-olah seperti sudah tidak berminat untuk menghadiri taklimat yang dianggapnya sama seperti taklimat-taklimat sebelum ini.

Ahmad Fuzi pula semasa ditanya pemberita mengenai penganjuran taklimat pada malam hari, enggan memberi kenyataan kepada media.

Beberapa pegawai yang mengiringi beliau cuba menghalang pemberita daripada mendekati Ahmad Fuzi dengan memberi alasan sidang media akan diadakan pada Khamis.
Tags / Kata Kunci: APMM , MH370 , MAS , SAR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan