Anjung Tinjau KLIA Bukan Lagi Resepsi Rakan, Keluarga - MAHB - Berita Semasa | mStar

Anjung Tinjau KLIA Bukan Lagi Resepsi Rakan, Keluarga - MAHB

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 11:59 PM

Kelihatan seorang remaja menulis kata-kata semangat untuk anak kapal serta penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, di papan tanda yang terdapat di Anjung Tinjau KLIA, Khamis. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan bahawa kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lagi digunakan sebagai kawasan menunggu dan Pusat Resepsi Rakan Keluarga bagi penumpang serta anak kapal pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas.

Menurut kenyataan MAHB, satu dinding ditempatkan di situ bagi membolehkan orang ramai menulis harapan serta doa mereka terhadap penumpang dan anak kapal

pesawat Malaysia Airlines itu.

"Orang ramai diminta menggunakan venue lebih sesuai seperti masjid dan tempat ibadat lain untuk bersembahyang," katanya.

Anjung Tinjau, yang terletak di Tingkat 5 Bangunan Terminal Utama, digunakan sebagai pusat bagi memudahkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 sejak Sabtu lepas.

Sementara itu, Dewan Ulamak PAS, Pemuda PAS Selangor dan Persatuan Perubatan Islam Darussalam mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di ruang legar berhampiran Anjung Tinjau, yang dihadiri kira-kira 200 orang. 

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi, Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari keenam hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.

Tags / Kata Kunci: Anjung Tinjau , KLIA , Resepsi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan