TUDM Nafi Signal Terakhir Pesawat MH370 Dikesan Di Selat Melaka

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 11:31 AM

Rozali Daud.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan yang memetik beliau sebagai berkata radar militari mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di sekitar Pulau Perak di Selat Melaka pada pagi Sabtu.

"Saya minta laporan tersebut dipinda dan diperbetulkan untuk mengelak berlaku salah tafsir mengenai apa yang diperkatakan dalam laporan yang tidak betul itu," kata Rozali dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebuah akhbar melaporkan Rozali berkata, radar militari telah mengesan pesawat tersebut di sekitar Pulau Perak di Selat Melaka kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu sebelum isyarat hilang tanpa dapat dikesan.

Rozali berkata TUDM tidak menolak kemungkinan pesawat itu berpatah balik sebelum ia hilang dari radar.

Katanya, kemungkinan itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata TUDM sedang menyiasat dan menganalisa apa jua kemungkinan dengan mengambil kira laluan pesawat tersebut sebelum ia dilaporkan hilang.

"Buat masa ini, tidak sesuai bagi kami (TUDM) untuk membuat sebarang kesimpulan secara rasmi sehingga pengesahan diperolehi.

"Namun operasi mencari buat masa ini diperluaskan bagi memastikan sebarang kemungkinan tidak terlepas pandang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pulau Perak , Selat Melaka , MH370 , TUDM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan