Saya Bukan Boneka, Saya Jihad Demi Keadilan - Wan Azizah

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 1:03 PM

Wan Azizah ditemani suaminya, Anwar (kanan) pada hari penamaan calon PRK Kajang, Selasa. - foto NORAFIFI EHSAN/The Star

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan kononnya beliau merupakan calon boneka terhadap rancangan politik suaminya dalam 'gerakan Kajang'.

Sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan penyertaannya sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai jihad membela nasib suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tapi rakyat Kajang tidak berperasaan (anggap sebagai boneka) begitu.

"Dan mereka tahu kalau keadilan itu berlaku, mesti ada pembelaan. Kalau orang Islam melawan kezaliman...itu satu jihad," katanya pada sidang media di bilik gerakan utama PKR di Kampung Sungai Sekamat di sini, Rabu.

Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa beliau hanya boneka Anwar setelah suaminya itu tidak layak menjadi calon.

PKR sebelum ini menamakan Anwar sebagai calon dalam 'gerakan Kajang' namun terpaksa membatalkan rancangan mereka selepaa Ketua Pembangkang itu disabitkan bersalah dan dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mengulas lanjut Wan Azizah berkata, kenyataan Khairy itu dibuat kerana pemimpin muda itu tidak pernah merasai keperitan yang dialami beliau dan keluarganya serta penyokong PKR selepas Anwar digugurkan daripada kerajaan pada 1998.

"Khairy adalah orang elit dan mempunyai keistimewaan. Beliau tidak merasa keperitan dan kesusahan rakyat.

"Sebab itulah beliau tidak merasai perasaan bahawa ada orang yang teruk dan dizalimi," katanya.
Tags / Kata Kunci: Wan Azizah , Anwar Ibrahim , Khairy , PRK Kajang , PKR

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan