Najib Minta Taklimat Sekali Lagi Mengenai Operasi Mencari MH370

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 4:19 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri taklimat mengenai operasi mencari pesawat MH370, pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta taklimat diadakan sekali lagi pada Rabu dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu.

"Saya telah meminta taklimat diadakan lagi hari ini dengan pasukan SAR. Kita akan berusaha tanpa henti dengan kerjasama antarabangsa untuk mencari MH370," katanya melalui laman Twitter, Rabu.

Pada Selasa Najib menghadiri satu taklimat selama kira-kira 90 minit yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pusat Keselamatan Koordinasi Aeronautika di Pusat Kawalan Trafik Udara DCA di Subang. 

Dalam catatan Twitternya, Najib juga berkongsi gambar semasa taklimat itu yang diambil bersama pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Azharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya. 

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar dalam pukul 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.
Tags / Kata Kunci: taklimat , mh370 , dca , datuk seri najib tun razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan