Maklumat Bercanggah Jadikan Keadaan 'Agak Huru-Hara' - China

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 5:16 PM

Kehilangan pesawat MH370 mendapat liputan meluas daripada media seluruh dunia termasuklah dari China. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Percanggahan maklumat mengenai kejadian pesawat Malaysia Airlines yang hilang dengan 239 orang di atas kapal menjadikan keadaan 'agak huru-hara', menurut jurucakap Kementerian Luar China, Rabu.

Ditanya mengenai laporan bahawa penerbangan MH370 mungkin telah berpatah balik, Qin Gang memberitahu pemberita: "Kami menyedari bahawa pihak Malaysia kemudiannya menyangkal maklumat ini.

"Jadi sekarang terdapat banyak maklumat dan ia cukup huru-hara, jadi sehingga ke tahap ini kita juga mempunyai kesukaran untuk mengesahkan sama ada ia adalah tepat atau tidak." -AFP

Tags / Kata Kunci: china , beijing , mh370 , mas , kementerian luar china , Qin Gang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan