Nilai, Pelabuhan Klang Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini - Berita Semasa | mStar

Nilai, Pelabuhan Klang Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 10:00 AM

Jerebu di Pelabuhan Klang berada pada paras tidak sihat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nilai dan Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 pagi ini, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut laporan itu, kedua-dua kawasan berkenaan mencatat IPU melebihi 100 dengan Pelabuhan Klang (120) dan Nilai (108).

Sebanyak 31 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, antaranya, Kuala Selangor (65), Kemaman (53) dan Seri Manjung (68).

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.
Tags / Kata Kunci: IPU , Nilai , Pelabuhan Klang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan