'Gerakan Kajang' Sudah Berkecai - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 7:49 PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat tinjauan di Taman Mesra, Kajang, Rabu. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas hasrat pembangkang untuk merancang lebih banyak 'gerakan Kajang' semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Tegas beliau, pembangkang jelas cuba memperlekehkan sistem demokrasi di negara ini demi memuaskan matlamat politik mereka dengan mengabaikan nasib rakyat.

" Apa tujuan (adakan lebih banyak 'gerakan Kajang')? Sudah selesai PRU-13 dan hakikatnya BN kalah di Selangor...kita terima keputusan itu.

"Tapi hanya kerana nak puaskan hawa nafsu...(wakil rakyat yang dipilih) berhenti tanpa sebab, saya fikir rakyat harus hukum mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Taman Mesra di sini, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli bahawa parti itu tidak menolak untuk mengadakan 'gerakan Kajang' yang seterusnya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, 'gerakan Kajang' sebenarnya gagal apabila Anwar tidak layak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Apa gerakannya? Gerakan besar untuk Kajang ialah untuk bolehkan Anwar jadi Menteri Besar...tapi malangnya sudah berkecai," katanya.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Terdahulu, 'Gerakan Kajang' dirancang PKR apabila wakil rakyatnya di DUN itu meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menyerti DUN Selangor.

Dikatakan 'gerakan Kajang' juga dirancang bagi membolehkan Anwar diangkat sebagai Memteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan