Galeri Gambar: Misi Pencarian MH370

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 10:35 AM

Sebuah helikopter Superlynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlepas dari KD Selangor dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang. Antara aset TLDM yang terbabit dalam SAR MH370 adalah KD Lekiu, KD Selangor, KD Perantau, KD Jerai dan Helikopter Superlynx. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah himpunan gambar berhubung misteri kehilangan penerbangan MH370 terbaru pada Rabu.

mh370

Seorang pengunjung berdoa di hadapan kain rentang gergasi 'care and Pray for MH370' yang ditandatangani oleh orang ramai sebagai tanda sokongan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu ketika menghadiri Program Jelajah Keusahawanan di Kuantan, Rabu. -fotoBERNAMA

Kelihatan orang ramai membaca surat khabar bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai kejadian pesawat Penerbangan Malaysia yang dilaporkan hilang selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac ketika di hotel penginapan ahli keluarga penumpang Pesawat MH370 di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA


Kelihatan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan operasi mengesan pesawat MH370 di Selat Melaka. - KAMARUL ARIFFIN/The Star

Anggota TUDM bersiap sedia untuk berlepas dengan pesawat Hercules C130 dari Subang. - foto Kamarul Ariffin/The Star

Anggota TUDM di dalam pesawat Hercules C130. - foto Kamarul Ariffin/The Star

Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin melihat sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika membuat tinjauan menerusi pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke kawasan sektor Pantai Barat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 pada Selasa. - fotoBERNAMA

Ahli keluarga salah seorang penumpang MH370 menunggu bas selepas mendapat visa ke Malaysia di Hotel Metro Park Lido, Beijing pada Selasa. -AFP

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan