Isyarat 'Blip' Pada Radar Mungkin Dari Pesawat Hilang

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 8:17 PM

Tan Sri Rodzali Daud

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radar militari Malaysia telah mengesan "blip" yang berkemungkinan besar datangnya dari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di kawasan barat laut Pulau Pinang, kira-kira 45 minit selepas pesawat itu terputus hubungan dengan trafik kawalan udara pada Sabtu.

Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Rodzali Daud pada Rabu berkata, bagaimanapun, perkara ini masih perlu disahkan oleh pakar-pakar dari Amerika Syarikat dan disokong dengan radar negara-negara jiran.

Beliau berkata 'plot' dikesan pada pukul 2.15 pagi Sabtu, 200 batu dari barat laut Pulau Pinang di utara Selat Melaka.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat memastikan bahawa ia adalah pesawat yang hilang kerana data sebegitu tidak direkodkan oleh radar militari.

Ia mungkin berlaku 45 minit selepas Boeing 777-200 terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira 100 batu dari Kota Baru pada pukul 1.31 pagi Sabtu.

Ia berlepas ke Beijing pada pukul 12.41 pagi Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rodzali berkata 'plot' itu dikesan dalam penelitian semula rakaman data militari pada Sabtu. Operasi carian kemudiannya segera diperluaskan ke Selat Melaka daripada lokasi carian asal di Laut China Selatan.

Usaha mencari masih diteruskan di kedua-dua kawasan dengan menggunakan 42 kapal dan 39 pesawat dari 12 negara yang mengambil bahagian.

Ditanya jika radar militari telah mengesan 'plot' pada Sabtu pada waktunya yang sebenar, beliau berkata ia tidak dapat mengesannya.

Beliau berkata tentera udara tidak akan cuba untuk memintas pesawat yang tidak dikenali kerana ia diklasifikasikan sebagai pesawat awam dan bukan pesawat musuh . - The Straits Times / ANN
Tags / Kata Kunci: radar , militari , tudm , mh370 , mas , pulau pinang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan