MH370: Tiada Tanda 'SL' Punca Imigresen Gagal Kesan Pasport Curi

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 6:06 PM

Ahmad Zahid menunjukkan contoh pasport yang dicuri dan gambar lelaki misteri yang berada dalam penerbangan MH370.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Jabatan Imigresen gagal mengesan penggunaan pasport curi oleh dua individu misteri yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana kedua-dua pasport itu tidak tersenarai dalam Senarai Suspek (SL).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mengikut amalan sistem keselamatan antarabangsa, setiap pasport yang dilaporkan hilang akan dilabel 'SL' dalam pengkalan data Interpol sebagai langkah berjaga-jaga di setiap kaunter imigresen seluruh negara.

"Kita mendapat kerjasama dengan Interpol. Jika Interpol meletakkan tanda 'SL' pada pasport hilang itu, semua kaunter imigresen seluruh negara akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

"Namun pasport berkenaan tidak termasuk dalam senarai," katanya ketika berkempen di sini, Selasa.

Polis pada Selasa mendedahkan telah mengenal pasti warga negara Iran, Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki MH370 menggunakan pasport palsu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang sebelum ini dilapor hilang di Thailand oleh pemiliknya.

Lelaki warga Iran terbabit dipercayai akan berpindah ke Jerman dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, katanya dalam sidang media, di Sepang.

Khalid berkata, identiti seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport warga Itali masih dalam siasatan.

Media sebelum ini melaporkan dua daripada penumpang MH370 didapati menggunakan pasport palsu.

Kedua-dua pasport itu sebelum ini dilapor hilang di Thailand, setelah kedua-dua pemiliknya disahkan masih hidup dan tidak menaiki pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Polis , KDN , MH370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan