Vietnam Perluas Carian Di Kawasan Gunung Dan Hutan

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 10:06 PM

Gambar yang diambil di atas helikopter Tentera Udara Vietnam buatan Russia MI-171 yang menunjukkan seorang anak kapal sedang memeriksa peta semasa melakukan penerbangan di atas perairan Vietnam pada Selasa. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

HO CHI MINH: Usaha mencari pesawat Malaysia yang hilang secara besar-besaran akan diperluaskan ke kawasan pergunungan dan hutan, kata Timbalan Ketua Turus Tentera Vietnam Vo Van Tuan.

"Kami telah memaklumkan unit dan pasukan di darat, termasuk Zon Tentera 5, 7 dan 9 dan kawasan-kawasan di barat, tenggara dan tengah untuk menempatkan pasukan bagi mencari pesawat yang hilang," katanya, Selasa.

Unit-unit pengurusan kawasan sempadan telah diminta untuk meningkatkan penyelarasan dengan pihak berkuasa di Laos dan Kemboja, katanya.

Sebelum itu, dua talian hotline telah ditubuhkan di pejabat arahan di Pulau Phu Quoc, selatan wilayah Kien Giang untuk menyediakan maklumat berkaitan carian.

Timbalan Menteri Pengangkutan Pham Quy Tieu pada sidang akhbar di Phu Quoc pada Selasa berkata tentera Vietnam akan meneruskan operasi di kawasan yang lebih luas.

Carian akan diperluaskan ke timur kawasan yang pada mulanya disyaki, 277km dari Pulau Tho Chu di wilayah Kien Giang dan di selatan dan barat Pulau Con Dao, 185km di luar pantai wilayah selatan Ba Ria- Vung Tau.

Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc juga akan digunakan sebagai pangkalan untuk usaha menyelamat.

Kapal tentera laut HQ888 telah memeriksa perairan wilayah selatan Ba Ria Vung Tau tanpa menemui apa-apa serpihan seperti yang dikenal pasti oleh pesawat komersial Hong Kong pada Isnin, menurut Jawatankuasa Mencari dan Menyelamat Kebangsaan.

Pada pukul 11 ​​pagi Selasa, satelit VNRedsat -1 melewati Pulau Tho Chu dan mendapati terdapat imej di sana selama kira-kira satu jam.

Empat pesawat berlepas untuk mencari kapal terbang berkenaan.

Tentera udara Vietnam akan terus menjalankan beberapa penerbangan ke kawasan yang disyaki sepanjang masa, kata Timbalan Ketua Bahagian Udara 370, Kolonel Tran Van Lam.

China telah menggunakan 10 satelit yang bertujuan untuk menyediakan isyarat kedudukan untuk operasi carian.

Ia juga menghantar dua kapal tentera laut, Jinggangshan dan Mianyang, ke kawasan laut sasaran dan merancang untuk menggunakan dua lagi kapalnya. - Vietnam News/ANN
Tags / Kata Kunci: vietnam , mh370 , gunung , hutan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan