Misteri MH370: Pengalaman Penulis Kaligrafi Terselamat Daripada Mati

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:28 AM

Liu Rusheng bersama isterinya antara penumpang penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terselamat daripada mati sebanyak enam kali sepanjang hidup. Itulah yang dilalui penulis kaligrafi dari China, Liu Rusheng dalam artikel yang ditulisnya pada tahun 2006.

Lelaki berusia 77 tahun dari Nanjing serta isterinya  Bao Yuanhua, 63, kini didoakan supaya berada dalam keadaan selamat oleh saudara dan peminat selepas pasangan itu tersenarai antara 227 penumpang penerbangan MH370 yang kini hilang dari radar.

Laman web China yang menyiarkan semula artikel Liu menceritakan bahawa dia terselamat daripada mati untuk kali pertama ketika masih bayi apabila menempuh Perang Dunia II.

Liu yang merupakan anak bongsu sering ditinggalkan ibu bapanya di dalam rumah ketika mereka melarikan diri apabila dikejar tentera Jepun.

"Sebenarnya, ibu bapa tidak mengharapkan saya untuk terus hidup. Tetapi apabila mereka pulang, mereka terkejut melihat saya masih hidup.

"Kejadian kedua berlaku ketika saya sedang belajar menunggang basikal dan telah berlanggar dengan sebuah trak. Saya terperangkap di bawah trak dan diseret, tetapi masih hidup," cerita Liu dalam artikelnya.

Kemudian semasa berenang dengan beberapa orang kawan, Liu hampir lemas.

Ketika dewasa, dia mengalami beberapa serangan jantung - pertama ketika latihan di sebuah kem tentera pada tahun 1971 dan kemudian dalam kereta api semasa dalam perjalanan Dunhuang pada tahun 1982.

Beliau mengalami satu lagi serangan jantung di rumah pada tahun 1993 tetapi berjaya berbasikal ke hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Teruja dengan nasib dirinya, Liu menulis: "Selepas melarikan diri daripada kematian beberapa kali, saya kini menikmati lebih baik."

Liu dikatakan sering membawa bersama satu cop perkataan "shang Cang hou wo", yang bermaksud " Tuhan memberkati saya" dalam bahasa Cina.

Tags / Kata Kunci: Liu Rusheng , Kaligrafi , China

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan