MH370 Dikesan Ubah Laluan Ke Selat Melaka

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 8:27 PM

Gerakan mencari pesawat MH370 yang hilang terus giat dijalankan di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Malaysia percaya mengesan pesawat yang terputus hubungan radar di Selat Melaka, jauh dari lokasi di mana ia kali terakhir membuat hubungan dengan kawalan trafik udara awam di luar pantai timur negara, sumber tentera memberitahu Reuters.

Dalam salah satu kejadian misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan yang berlaku baru-baru ini, operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines, Boeing 777-200ER, kini memasuki hari keempat dan sehingga ini pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu masih tidak dapat dikesan.

"Ia berubah haluan selepas Kota Bharu dan terbang rendah. Ia menghala ke Selat Melaka," kata pegawai tentera yang telah diberi taklimat mengenai siasatan kepada Reuters.

Selat Melaka merupakan salah satu saluran perkapalan paling sibuk di dunia di sepanjang pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu pada Sabtu berkata radio dan radar perhubungan dengan Penerbangan MH370 telah hilang di luar pantai timur bandar Malaysia, Kota Bharu.
Tags / Kata Kunci: selat melaka , kota bharu , radar , mh370

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan