77 SMKA Ditambah Menjelang 2025

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 6:45 PM

Dr Khair menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada Pelajar Maahad Johor, Nurul Fathin Ngadiman semasa Majlis Penyampaian STAM Peringkat Kebangsaan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan akan menambah sebanyak 77 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah seliaannya menjelang 2025 berbanding hanya 57 buah sekolah itu setakat ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata penambahan itu sebagai inisiatif KPM dalam memperluas laluan pendidikan agama selain memartabatkan Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan.

Katanya, langkah itu bagi memperkukuh pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah aliran agama dan kedua-dua kurikulum itu akan diterapkan kepada pelajar tingkatan satu mulai tahun depan.

"Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyediakan inisiatif untuk mengukuhkan laluan pendidikan agama melalui Gelombang Satu dan Gelombang Dua.

"Kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan Tasawwur Islam yang kukuh," katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini, Selasa.

Khair berkata STAM yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar telah diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam untuk setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Katanya, lepasan dan lulusan STAM berkelayakan untuk berkhidmat dengan kerajaan persekutuan dan akan ditawarkan tangga gaji setara lulusan STPM malah syarat permohonan jawatan pula hanya mengambil kira kelulusan minimum bagi sijil tersebut.

"Meskipun syarat pensijilan calon STAM mesti lulus kesemua 20 kertas peperiksaan atau 10 mata pelajaran tetapi untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, hanya kelulusan minimum dalam bidang Syariah, Usuluddin atau Laughah Arabiyah saja diambil kira," katanya.

Sehubungan itu, bagi calon yang gagal memperoleh sijil STAM dan tidak mahu menyambung pengajian, peluang pekerjaan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar berkenaan tetap disediakan dan ia membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib semua golongan, katanya.

Pada majlis itu, seramai 34 pelajar yang mendapat gred Mumtaz STAM 2013 dan tiga sekolah agama cemerlang peringkat kebangsaan menerima anugerah masing-masing.
Tags / Kata Kunci: smka , sekolah agama , Kementerian Pendidikan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan