PRK Kajang Referendum Sistem Kehakiman - Wan Azizah

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 2:53 PM

Wan Azizah

Wan Azizah (kiri).

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai medan meraih simpati rakyat berhubung keputusan mahkamah terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menegaskan mahu menjadikan PRK DUN Kajang sebagai referendum sistem kehakiman negara, Presiden PKR itu mengajak pengundi menyokongnya 'langkah Kajang' yang dibuat partinya.

"Kalau inilah referendum terhadap ketidakadilan yang berlaku, ini adalah referendum sistem kehakiman di negara kita ini.

"Saya ajak semua orang di Kajang untuk beri mesej yang kuat," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon PRK DUN Kajang di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pada Selasa.

Wan Azizah dinamkan sebagai calon PKR bagi menggantikan Anwar yang hilang kelayakan selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim itu menjatuhui hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Mengulas lanjut mengenai peluangnya untuk menang di DUN Kajang, Wan Azizah berkata: "Saya bertanding dalam perhitungan tanah yang tak rata, kemenangan itu yang saya carikan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRK Kajang , Wan Azizah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan