PRK Kajang: Proses Penamaan Calon Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 8:03 AM

prk kajang
(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seawal pukul 6 pagi, kawasan sekitar Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) mula di penuhi penyokong parti politik bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Sekitar kawasan tumpuan pusat penamaan calon di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi itu menerima kehadiran orang ramai dalam jumlah luar biasa berbanding kebiasaan dengan berpakaian melambangkan parti politik masing.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai PRK ini, proses penyerahan borang pencalonan hanya akan bermula tepat pukul 9 pagi selama sejam.

Sehingga kini dijangkakan PRK Kajang bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili partinya pada PRK itu.

PRK Kajang diadakan bagi mengisi  kekosongan kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan
secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Sebanyak 18 pusat mengundi disediakan bagi PRK Kajang iaitu tiga bagi undi awal dan 15 untuk pengundian biasa.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRK Kajang ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Jan 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.

Seramai 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya itu, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

Tags / Kata Kunci: prk kajang , chew mei fun , wan azizah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan