Pengguna Internet Siar Mesej Doakan Keselamatan Penumpang Dan Kru MH370

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 10:32 AM

hope
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna Internet dari seluruh dunia bersama-sama bersatu hati mendoakan keselamatan kesemua penumpang dan kru pesawat MH370 yang hilang dan memberi semangat kepada keluarga mangsa supaya tabah dan sabar menunggu berita gembira mengenai insan tersayang.

Mereka berkongsi maklumat, artikel berita dan cerita-cerita mengenai keluarga mangsa, sekali gus menunjukkan perpaduan dari seluruh dunia.

Terdapat juga mereka yang berkongsi dengan memuat naik gambar dan pesanan harapan.

Sekeping gambar yang disebarkan secara meluas merupakan arca pasir yang dihasilkan oleh seorang penggiat seni India, Sudarshan Patnaik: sebuah pesawat MAS dan wajah-wajah penumpang yang diperbuat daripada pasir, dengan kata-kata yang ditulis menggunakan pasir warna putih dan merah, "Doakan kepada Tuhan - Keajaiban Berlaku".

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkongsi sekeping gambar - lukisan sebuah pesawat dengan banyak tangan pelbagai warna yang diangkat ke atas dengan keterangan gambar, "Kembalilah", di akaun Facebook miliknya yang mendapat ribuan tanda suka "likes".

Beliau turut menasihat orang untuk tidak berputus harapan.

Di Twitter, pengguna @xxxJiDa menulis “MH370 yang dikasihi, di manamu? Kami sedang menunggumu. Pulanglah dengan selamat," sementara  @dyanasmd berkata, "Saya tidak mahu bersedih kerana saya percaya anda akan pulang dengan selamat. Pulanglah dengan segera. Tidak sabar untuk mendengar kisah anda."

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menulis di twitternya dengan berkata, "Dalam waktu yang memerlukan ini, persahabatan boleh dilakukan dengan banyak cara. Kita akan meneruskan usaha kita untuk mencari #MH370.”

Di Twitter, hastag #MH370 dan #PrayForMH370 (#doakanuntukMH370) dibuat bagi mengemaskini mengenai pesawat itu. Mereka turut menggunakan hashtag itu di Facebook dan Instagram.

Menurut hashtag.org - sebuah alat untuk menentukan populariti sesebuah hasgtag, #prayForMH370 boleh mencecah sehingga 75,000 tweet dalam tempoh sejam.

#MH370 pula mencecah 80,000 setiap jam. Satu akaun Twitter juga diwujudkan bagi mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai pesawat MH370. 

@Dia_Butterfly, yang menukar kata penggunanya kepada "Pray For MH370”, berkata "Jangan putus harap. Saya tahu anda masih di sana sedang menunggu anggota kita untuk menyelamatkan anda."

@NDlalala berkata, “Pulanglah MH370. Kami semua sedang menunggu anda.”

@__edlnx berkata: “Jika ia hilang, kembalikan mereka. Jika ia dirampas, biarkan mereka selamat. Jika ia di dasar laut, biarkan mereka terapung.”

Di Facebook, rakyat Malaysia menasihatkan kepada pengguna Internet lain supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi, sebaliknya menunggu sehingga maklumat sahih diberitahu.

Ahmad Nizam Radzi menulis, “Terima kasih MAS dan negara-negara lain. Abaikan kenyataan tidak sensitif daripada mereka tidak menghargai yang fikir mereka mengetahui semuanya," di halaman Facebook Malaysian Airlines , manakala seorang rakyat Vietnam berkata, negaranya berusaha sebaik mungkin untuk mengesan pesawat itu.

“Ia adalah tugas negara saya," kata La Hy.

Beberapal rakyat Malaysia memberi maklum balas kepada komennya dengan berterima kasih di atas sokongannya.

Rosnan Fihrin Md Adnan berkata: “Terima kasih dengan tulus ikhlas buat rakan kita rakyat Vietnam!"


Tags / Kata Kunci: mh370

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan