Najib Hadir Taklimat Terkini MH370

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 10:49 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) melihat lokasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika melawat Pusat Kawalan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di Subang, Selasa. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) dan Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (dua, kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa diberi taklimat mengenai perkembangan serta perancangan terkini operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas. 

Taklimat selama satu jam setengah itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pusat Keselamatan Koordinasi Aeronautika, Pusat Kawalan Trafik Udara DCA di Subang. 

Turut sama dalam taklimat itu Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.
Tags / Kata Kunci: datuk seri najib tun razak , mh370 , taklimat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan