KPN Nafi Lima Penumpang Tidak Naik Pesawat

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 5:26 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) pada sidang media terkini kejadian pesawat MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak Sabtu lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selasa. Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Khalid Shariff (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tidak ada kebenaran terhadap khabar angin bahawa lima penumpang tidak menaiki penerbangan MH370, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami sudah memeriksa penerbangan dengan jelas dan semua orang yang menempah tiket berada di atas kapal.

"Terdapat seorang gadis Malaysia yang membatalkan tempahan kerana kekeliruan tarikh," katanya.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum ini berkata terdapat lima penumpang tidak menaiki penerbangan selepas mendaftar masuk.

DCA juga berkata bagasi mereka juga telah dikeluarkan dari pesawat mengikut piawaian antarabangsa.

"Ambil kenyataan saya ini. Perkara itu tidak berlaku," kata Khalid ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan DCA.

Mengenai dakwaan bahawa pihak berkuasa tidak membuat semakan dengan pangkalan data pasport yang dicuri dari Interpol, Khalid berkata pangkalan data tersebut menyenaraikan lebih daripada 40 juta pasport yang dicuri.
Tags / Kata Kunci: kpn , bagasi , mas , mh370 , Tan Sri Khalid Abu Bakar , dca

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan