MH370: Iran Tawar Bantuan Untuk Malaysia Jalankan Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 10:32 PM

MH370

Salah seorang warga Iran yang dipercayai menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 ke Beijing.

(Ubah saiz teks)

TEHRAN: Iran, pada Selasa, menawarkan bantuan kepada pasukan penyiasat Malaysia berhubung dua rakyatnya yang dipercayai telah membuat kunjungan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 yang hilang.

Jurucakap Kementerian Luar Marzieh Afkham berkata Iran telah 'membuat tindakan susulan terhadap laporan mengenai kemungkinan terdapat dua penumpang Iran di atas kapal kapal terbang.'

"Kami menawarkan kerjasama bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya, sambil berjanji bahawa Tehran akan memberikan 'apa-apa maklumat mengenai dua warganegara Iran itu dan status mereka sebaik sahaja ia diperolehi.'

Polis Malaysia pada Selasa berkata salah seorang daripada dua penumpang yang disyaki menaiki pesawat yang hilang adalah seorang pendatang haram dari Iran.

Kebimbangan keganasan telah tercetus dengan pendedahan laporan bahawa dua lelaki menaiki penerbangan menggunakan pasport yang dicuri dari lelaki warga Eropah.

Salah seorang daripada mereka telah dikenal pasti sebagai rakyat Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad berusia 19 tahun, kata ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita.

"Kami percaya dia bukan dari mana-mana kumpulan pengganas dan kami percaya dia cuba berhijrah ke Jerman," kata Khalid. -AFP

Tags / Kata Kunci: iran , tehran , mh370 , pasport

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan