Doakan Yang Terbaik Buat MH370 - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:04 PM

Datuk Lee Chong Wei menunjukkan gambar beliau bersama Ketua Paramugara, Andrew Nari yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH730 semasa pulang dari kejohanan Seluruh England di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Juara All England 2014, Datuk Lee Chong Wei mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama berdoa yang terbaik kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, sejak Sabtu lepas.

Chong Wei yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari London, berkata beliau tetap mengikuti perkembangan terkini berhubung insiden itu ketika menghadapi kejohanan berkenaan menerusi media antarabangsa.

"Mari kita berdoa untuk MH370 dan kesemua penumpang dan kru supaya tiada masalah," katanya.

Pada Sabtu lepas, pesawat Boeing 777-200er dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, Sabtu.

Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas menewaskan musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, pada pagi Isnin dengan kemenangan straight set 21-13 dan 21-18.

Ia merupakan kemenangan ketiganya selepas pernah meraih kejuaraan itu pada tahun 2010 dan 2011.
Tags / Kata Kunci: lee chong wei , all england 2014 , mh370

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan