China Puas Hati Usaha Malaysia Kendali Operasi Mencari MH370

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 7:53 PM

Duta China ke Malaysia, Huang Huikang ditemuramah pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan China setakat ini berpuas hati dengan usaha dilakukan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dari radar ketika dalam penerbangan ke Beijing Sabtu lepas.

Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Hukiang berkata walaupun terdapat laporan mengenai kritikan oleh pihak berkuasa China dan waris penumpang mengenai cara Malaysia mengendalikan operasi yang didakwa perlahan, namun perkara itu telah dijelaskan.

"Terdapat banyak kritikan tetapi bagi saya setakat ini kerajaan Malaysia telah berusaha keras dalam menjalankan operasi mencari dengan kerjasama kerajaan China berikutan desakan daripada anggota keluarga penumpang.

"Saya telah bercakap dengan wakil media China, saya katakan bahawa kerjasama mencari dan menyelamat setakat ini dijalankan dengan teratur.

"Saya mengikutinya sejak dari hari pertama, saya saksikan kelancaran operasi mencari dan menyelamat dan menerima semua laporan daripada jabatan yang terlibat," katanya kepada pemberita semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Huang berkata kerajaan China juga amat menghargai usaha dilakukan oleh kerajaan Malaysia termasuk bantuan kepada waris penumpang yang berada di sini dan juga Beijing.

Terdapat 152 penumpang warganegara China termasuk seorang bayi dalam pesawat berkenaan yang sehingga kini masih belum diketahui nasibnya.

Dalam pada itu, Huang juga berharap pihak terlibat terutama waris penumpang terus bersabar dan berdoa agar pesawat berkenaan dapat ditemui.

"Dalam waktu sukar ini kita patut berkongsi beban ini, kami menghargai usaha kerajaan Malaysia setakat ini dan kami akan memberikan kerjasama mungkin sehingga semua ini selesai.

"Kita perlu tenang, sabar kerana terdapat banyak perkara di luar pengetahuan manusia. Apa juga kemungkinannya, kita perlu tunggu dan berdoa," katanya.
Tags / Kata Kunci: china , malaysia , mh370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan