PRK Kajang: Chew Pertama Serah Borang Pencalonan

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 9:28 AM

Chew Mei Fun

Chew Mei Fun.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dilihat antara bakal calon terawal masuk menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung pada Selasa.

Beliau dilihat memasuki dewan pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tepat pukul 9 pagi.

Sementara itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya hadir ke pusat penamaan calon kira-kira pukul 9.10 pagi.

Kehadiran Chew diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong serta Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan tertinggi sayap BN.

Manakala rombongan Wan Azizah ke pusat penamaan calon itu diiringi suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut mengiringinya ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Tags / Kata Kunci: prk kajang , chew mei fun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan