58 Agensi Berita Asing Dan 36 Tempatan Berkampung Sejak Sabtu

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:48 PM

Keadaan ketika sidang media diadakan Hotel Sama-Sama, Sepang.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sebanyak 94 organisasi dan agensi berita tempatan dan luar negara berkampung di Hotel Sama-Sama di sini bagi membuat liputan operasi mencari dan menyelamat penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang Sabtu lepas. 

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu 36 terdiri daripada organisasi tempatan dan bakinya 58 agensi berita asing dari seantero dunia, berada di sini sejak Sabtu lepas.

"Pusat media dibuka di hotel ini selama 24 jam sejak hari tersebut dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemberita termasuk bilik sidang media yang teratur, internet, makanan dan minuman. 

"Kira-kira 250 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan kru teknikal berada di hotel ini setiap hari bagi mendapatkan bahan berita dan jumlah ini dijangka bertambah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Ibrahim berkata sidang media diadakan secara teratur dan profesional dengan wartawan tempatan dan luar negara diberikan peluang sama untuk mengemuka soalan.

Media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Reuters, Associated Press (AP), Agence France-Presse (AFP), Al-Jazeera serta organisasi media dari Jepun, China, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura. 

"Semua media sama ada tempatan mahupun asing memberikan kerjasama yang begitu baik dan menjalankan tugas mereka dengan profesional," katanya.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu.
Tags / Kata Kunci: pusat media , mh370 , mas , hotel sama-sama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan