Lima Wakil MCA Di Johor Angkat Sumpah Ahli Majlis

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 9:33 AM

Lima wakil MCA yang mengangkat sumpah sebagai ahli majlis pada Ahad. Dari kiri Leong Kwai Seng, Tan Tuan Peng, Er Siau Kheng, Lim Soon Hai dan Ng Yew Aik.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Lima wakil MCA telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) manakala dua yang lain akan mengangkat sumpah pada pertengahan bulan ini.

Seorang wakil dari Umno juga mengangkat sumpah dalam majlis tersebut yang diadakan di bangunan MPJBT, Skudai di sini, pada Ahad, menjadikan jumlah ahli majlis keseluruhannya seramai 21 orang.

Presiden MPJBT Salehuddin Hassan berkata majlis itu masih kekurangan tiga ahli majlis memandangkan kuota asalnya terdiri daripada 24 wakil.

"Baki dua lagi adalah dari MCA dan seorang lagi dari Umno dijangka akan mengangkat sumpah sebelum mesyuarat jawatankuasa majlis pada 17 Mac," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut.

Lima ahli majlis MCA itu ialah Er Siau Kheng, 54, Ng Yew Aik, 49, Lim Soon Hai, 45, Tan Tuan Peng,40, dan Leong Kwai Seng, 46. 
Wakil Umno ialah Abdul Aziz Abdullah, 58.

Salehuddin berkata majlis itu merupakan acara angkat sumpah ketiga selepas upacara yang pertama dan kedua di mana 11 dan empat orang telah mengangkat sumpah.

Sementara itu Er, yang mengetuai ahli majlis dalam majlis tersebut menasihatkan ahli majlis untuk melaksanakan tugas mereka dengan baik tanpa mengira zon yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

"Terdapat aduan daripada orang ramai di mana ahli majlis menolak tanggungjawab mereka kepada ahli majlis yang lain kerana masalah tersebut tidak berada di zon yang ditetapkan kepada mereka.

"Kita perlu memberi perkhidmatan kepada rakyat selagi masalah itu adalah dalam bidang kuasa kita. Saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa, " katanya.
Tags / Kata Kunci: johor , mca , ahli majlis , mpjbt

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan