Tompok Minyak Bukan Dari Pesawat

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 6:23 PM

Nasir Adam.

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Ujian ke atas sampel tompokan minyak yang ditemui di luar pantai Kelantan mendapati ia bukan dari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengumumkan keputusan ujian itu mendapati minyak itu untuk kegunaan tongkang atau kapal laut.


"Maklumat ini saya perolehi dari Kuala Lumpur. Tompokan minyak itu dari tongkang atau kapal laut dan bukan dari pesawat," kata Nasir di pangkalan APMM di Tok Bali di sini, Isnin.

Bebeberapa pegawai di pusat operasi koordinasi bagi mengesan pesawat MH370 di Sepang berkata, keputusan itu disahkan oleh Jabatan Kimia.

Pada Ahad, APMM menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning sepanjang  10 kilometer, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan terputus hubungan.

Nasir yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga itu berkata, mereka masih gagal menemui sebarang petunjuk yang boleh membawa penemuan kepada pesawat tersebut.

"Kawasan pencarian kita pada hari ini adalah dekat dengan pantai Besut dan kami tidak menjumpai sebarang petunjuk baharu," kata Nasir.

Beliau turut mengesahkan APMM telah menerima laporan daripada seorang saksi dari Keterah yang mendakwa terlihat sesuatu yang menyerupai sebuah pesawat terbang rendah pada waktu pesawat MH370 dilaporkan hilang.

"Kami telah mengambil keterangannya. Tempat yang didakwanya terlihat pesawat itu sebenarnya dalam lingkungan kawasan yang meliputi operasi kami dan tiada sebarang petunjuk dijumpai setakat ini," katanya.




Tags / Kata Kunci: Tompok Minyak , APMM , Tok Bali , MH370

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan