Raja Bomoh Turut Bantu Cari Pesawat MH370

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 8:52 PM

Isteri penumpang pesawat MH 370 yang hilang, Haniza Bachik, 47, kelihatan sedih mengenangkan suaminya, Muzi Yusop dan ditenangkan oleh ahli keluarganya semasa tinjauan, di rumah mereka di Jenjarom, Kuala Langat.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.

"Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Tags / Kata Kunci: Raja Bomoh , KLIA , MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan