PM New Zealand Tawar Pesawat Pengesan Maritim P-3C Orion

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 8:00 PM

Hishammuddin mengadakan sidang media terkini mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 di KLIA, Sepang pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

"Saya telah terima faks daripada Perdana Menteri New Zealand dan mereka tawarkan sebuah P-3C Orion iaitu kapal terbang yang ada pengkhususan untuk membuat pengesanan maritim," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Bangunan Parlimen di sini Isnin.

Najib berkata kerajaan berharap pesawat itu dapat membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang awal pagi Sabtu lepas.

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dijangka mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Ia membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan begitu banyak negara membantu Malaysia, pihak kuasa mempunyai kapasiti untuk meningkatkan operasi.

Setakat ini, pasukan mencari pelbagai negara mempunyai 24 pesawat dan 40 kapal dari Malaysia, China, Vietnam, Australia, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Ditanya mengenai imej dua penumpang menaiki pesawat hilang itu menggunakan pasport palsu, Hishammuddin berkata imej berkenaan diserahkan kepada agensi risikan untuk siasatan dan laporan siasatan akan dikeluarkan kepada media dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan objek seakan-akan bot penyelamat dikesan kira-kira 140 kilometer barat daya Pulau Tho Chu di Vietnam.

"Kami telah menghantar kapal untuk mengenal pasti objek itu," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Tags / Kata Kunci: PM New Zealand , Najib , DCA , MH370 , Hishammuddin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan