MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 2:52 PM

Azharuddin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media terkini mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Sepang, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lima penumpang melakukan daftar masuk bagasi penerbangan MH370 yang hilang tetapi tidak menaiki pesawat tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin  Abdul Rahman mengesahkan laporan bahawa lima penumpang telah membeli tiket dan membuat pendaftaran bagasi tetapi tidak terbang.

Beliau berkata MAS telah mengeluarkan bagasi penumpang-penumpang berkenaan setelah mengetahui mereka tidak menaiki kapal terbang itu, mengikut prosedur standard.

"Tetapi kita perlu mengeluarkan bagasi yang telah didaftar masuk ...kita telah melakukannya terhadap pesawat ini," katanya.

Beliau berkata bagasi tersebut adalah'bersih' setelah menjalani pemeriksaan.

Beliau juga berkata pihak berkuasa masih menunggu analisis sampel minyak diambil dari tompokan di laut untuk menentukan sama ada ia adalah dari pesawat yang hilang.

Seorang lagi pegawai berkata keputusan kajian mungkin diperolehi selewat-lewatnya petang Isnin.

"Kami sedang melihat setiap sudut. Kami meninjau setiap aspek apa yang mungkin boleh berlaku," katanya.
Tags / Kata Kunci: bagasi , mas , mh370

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan