Kerajaan Akan Melakukan Yang Terbaik Dalam Operasi Mencari Dan Menyelamat - PM

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 8:35 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika meluangkan masa berjumpa dengan ahli keluarga nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang dipercayai hilang dari radar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.

"Saya memberi jaminan kepada anda bahawa kita melakukan segala yang mungkin mengikut kemampuan kita.

"Kita berterima kasih atas doa, bantuan dan semangat perpaduan anda," kata Najib dalam akaun Twitternya malam Ahad.

Sementara itu, dalam tweetnya yang lain sebelum ini, Najib berkata apabila rakyat Malaysia menghadapi kesulitan banyak negara tampil ke depan menawarkan bantuan atas nama persahabatan.

"Dalam masa kita memerlukan, persahabatan datang dalam pelbagai bentuk. Kita akan meneruskan usaha kita mencari MH370," kata Perdana Menteri.

Antara negara-negara yang menawarkan bantuan kepada Malaysia ialah China, Vietnam, Filipina, Singapura, Indonesia, Australia dan juga Amerika Syarikat.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pada hari yang sama.

Ia membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.
Tags / Kata Kunci: mas , datuk seri najib tun razak , mh307

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan