Johor Pertimbang Buka Semula Hutan Lipur Gunung Pulai 1

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 9:06 PM

Mohamed Khaled berbasikal bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad (belakang dua kiri), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong (kanan), Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Dan Sumber Manusia Negeri Johor Vidyananthan A/L Ramanadhan (belakang) ketika melawat sekitar Kg Sri Gunung Pulai 1, Kulaijaya pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Kerajaan negeri sedang mempertimbang membuka semula Hutan Lipur Gunung Pulai 1 kepada orang awam memandangkan terdapat permintaan penduduk setempat untuk menghidupkan kembali kawasan tarikan pelancong itu.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya telah meminta agar Jabatan Perhutanan membuat laporan dan kajian menyeluruh mengenai kawasan hutan lipur itu. 

"Kajian itu akan melihat kalau dibuka, sejauh manakah kita dapat meminimumkan kesan (risiko) atau meningkatkan keselamatan pengunjung dan penduduk yang tinggal di kawasan itu," katanya ketika berucap sewaktu lawatan kerja sulungnya di daerah itu, di sini Isnin.

Hutan lipur itu ditutup sejak 2001 atas nasihat dan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Johor) selepas peristiwa banjir lumpur pada tahun yang sama, yang menyebabkan struktur tanah menjadi kurang stabil. 

Tragedi banjir lumpur itu mengorbankan lima nyawa dan menghanyutkan empat buah rumah di Kampung Seri Gunung Pulai, di kaki Gunung Pulai.

Sementara itu, menteri besar berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti dua sektor baru iaitu kesihatan dan pemprosesan makanan yang berpotensi untuk dibangunkan di daerah itu. 

Selain itu, kerajaan negeri juga meminta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengambilkira pembangunan daerah Kulaijaya untuk dimasukkan ke dalam Pelan Pembangunan Komprehensif 2 Wilayah Iskandar yang kini dalam proses kajian. 

Pelan itu, yang merupakan kesinambungan kepada pembangunan Wilayah Iskandar, dijangka siap suku kedua tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan