FBI, China Bantu Negara Selidik Latar Belakang 239 Penumpang MH370

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 9:15 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selain bantuan aset dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Amerika Syarikat dan China turut menghulurkan bantuan dalam siasatan kehilangan "misteri" pesawat itu.

Bagi menjawab misteri kehilangannya, kerajaan Malaysia menjalankan siasatan secara fragmentasi dengan menyelidiki latar belakang 239 penumpang MH370.

Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan pihak berkuasa China akan turut membantu pihak berkuasa negara.

Penyelidikan latar belakang itu merangkumi hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rekod identiti dan cap jari dari sistem biometrik para penumpang.

Siasatan itu dijalankan setelah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman semalam mengesahkan dua daripada penumpang MH370 menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.

Hishammuddin berkata keputusan siasatan itu akan diumumkan dalam beberapa hari dan meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu. 

Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Sebanyak 36 pesawat dan 40 kapal laut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu melibatkan Malaysia dan pelbagai negara.

Pada Isnin, masuk hari ketiga operasi, lebih daripada 60 jam berlalu tanpa sebarang tanda pesawat itu ditemui. 

Malah Ketua Penguatkuasa Wilayah Marin Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)Datuk Nasir Adam berkata ujian sampel tompokan minyak ditemui di Laut Cina Selatan pada Ahad, menunjukkan ia bukan minyak pesawat tetapi minyak kapal laut.
 


Tags / Kata Kunci: MH370 , SAR , Hishammuddin , DCA , CCTV , FBI , China

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan