Empangan Sungai Selangor, Klang Gate Terus Menyusut

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 8:06 PM

Empangan Sungai Selangor terus menyusut.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Paras air di dua empangan terus menyusut dalam tempoh sebulan dengan Empangan Sungai Selangor menurun kepada 42 peratus daripada 58 peratus sementara Empangan Klang Gate menurun 52 peratus daripada 66 peratus.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap orang ramai terus berjimat dalam penggunaan air memandangkan keadaan kian kritikal.

"Berapa lama lagi keadaan itu boleh bertahan untuk menampung keperluan pengguna bergantung kepada keberkesanan catuan air peringkat ketiga yang bermula hari ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Catuan bekalan air peringkat ketiga di Lembah Klang bermula pada Isnin sehingga 31 Mac melibatkan 577 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Beliau berkata meskipun keberangkalian untuk kawasan yang tiada dalam senarai catuan untuk terputus bekalan adalah rendah, penduduk di kawasan tidak terjejas diharap turut menggunakan air secara berhemat.

Terdahulu, Mahdzir hadir menyaksikan penyerahan sumbangan Kempen Kecekapan Tenaga bernilai RM300,000 oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Menurut Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Roslan Ab. Rahman kempen itu melibatkan tujuh sekolah dengan penyertaan hampir 2,000 ribu pelajar.

Kempen akan dilaksanakan pada setiap Sabtu dan antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, kuiz uji minda, permainan interaktif dan pameran, katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan