Hutan Di Bukit Gambir Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 7:47 PM

Asap daripada kesan kebakaran di Bukit Gambir pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua kawasanhutan di atas Bukit Gambir, iaitu di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul dan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini terbakar semula pada Isnin.

Hutan itu dilapor terbakar pada pukul 3 petang semalam dan berjaya dipadam lewat malam tadi tetapi api kembali marak pagi Isnin dan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata dua kawasan hutan yang terbakar itu terletak kira-kira 1 kilometer antara satu sama lain.

"Kami menerima maklumat yang hutan itu terbakar semula kira-kira pukul 8 pagi ini. Tujuh anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran di kawasan seluas 1.2 hektar itu manakala 14 anggota lagi ditugaskan memadam kebakaran di hutan belakang kampus USM seluas lebih 2.8 hektar," katanya.

Azmi berkata kebakaran di dua kawasan hutan itu melibatkan kawasan yang agak luas dan pihaknya akan menambah anggota menjelang malam ini bagi memastikan kebakaran dapat dipadam secepat mungkin.

Anggota bomba terpaksa membawa bekalan air dari bawah untuk memadam kebakaran di dua lokasi berkenaan berikutan tiada bekalan air di kawasan itu, katanya.

Tags / Kata Kunci: Bukit Gambir , Pulau Pinang , Bukit Jambul

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan