Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 4:52 PM

Orang ramai mengusung jenazah Alias Ali, 75, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemenshah di Kuala Lumpur pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Alias Ali, 75, meninggal dunia pagi Isnin kerana penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak 2010.

Alias meninggal dunia di rumah anaknya di Prima Villa, Kemensah Heights, Ampang di sini pada kira-kira 9 pagi ini, menurut menantunya Yantie Ismail, 34.

Yantie, yang merupakan pengurus komunikasi korporat bahagian pemasaran Qualitas Medical Group, berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah selepas Zohor, dan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al-Iman.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Ramlah Datuk Abdul Rahman, tiga anak perempuan dan dua anak lelaki serta 15 orang cucu, katanya.

Alias yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama selama tiga tahun sejak 1987, sebelum itu menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Negara dan Luar Bandar pada tahun 1986.

Anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu pernah bertugas dalam bidang kewartawanan, bermula sebagai wartawan Berita Harian pada 1957 sebelum berpindah ke Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Berita pada 1968 hingga 1970.

Berkelulusan diploma dalam penulisan kreatif dari Iowa State University, Amerika Syarikat pada 1966, beliau pada 1970 berpindah ke Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai Editor Perkhidmatan Berita Dalam Negeri sehingga 1978.

Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan dengan Bernama untuk bertanding dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Ulu Terengganu dan menewaskan calon PAS Mohd Ghazali Ahmad dengan majoriti 4,370 undi.

Beliau telah mempertahankan kerusi itu untuk empat penggal sehingga pilihan raya umum 1995, apabila beliau tidak bertanding.

Alias juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Bank Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), iaitu dari 1991 hingga 1997.

Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai Naib Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) pada tahun 1960.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Ulu Terengganu (1950), dan Pengerusi Umno Bahagian Ulu Terengganu bagi penggal 1978 hingga 1980. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan