Pelbagai Teori Mengenai Pesawat Hilang MH370

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 10:13 AM

Kapal penyelamat KM Amanah menjalankan operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Sabtu.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sama ada dengan sedikit kemajuan atau langsung tiada kemajuan dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang, banyak teori dikemukakan mengenai misteri kehilangannya.

Timbul syak bahawa pesawat dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya, mungkin telah dirampas atau dibom selepas dua penumpang didapati menggunakan pasport yang dicuri.

'Reuters' melaporkan bahawa terdapat kemungkinan pesawat berkecai ketika dalam penerbangan.

Ia memetik sumber dari mereka yang terlibat dalam siasatan di Malaysia sebagai berkata: "Apabila kita tidak dapat menemui mana-mana serpihan setakat ini, ia nampaknya menunjukkan hakikat bahawa pesawat itu mungkin telah hancur pada ketinggian kira-kira 35,000 kaki. Pasukan pencari dijangka akan memberi tumpuan kepada mencari kerja-kerja mencari dan mengkaji serpihan."

"Jika pesawat itu menjunam dari ketinggian seperti itu, ia akan pecah disebabkan tekanan dengan air," kata sumber itu yang tidak boleh dinamakan kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap secara terbuka mengenai siasatan.

Beliau berkongsi perkara ini tidak lama sebelum pihak berkuasa Vietnam berkata kapal terbang tentera mereka telah mengesan objek di laut disyaki bahagian pesawat yang hilang.

Ditanya mengenai kemungkinan letupan seperti bom, sumber itu berkata masih tidak ada bukti terdapat unsur jenayah dan pesawat itu juga berkemungkinan pecah kerana masalah mekanikal.

Pihak berkuasa berkata adalah terlalu samar untuk memastikan jika objek itu adalah sebahagian daripada kapal terbang yang hilang dan yang pasti lebih banyak pesawat akan dihantar ke kawasan tersebut, di perairan selatan Vietnam, pada Isnin.

"Kami menerima maklumat bahawa pesawat kami menemui dua objek yang pecah, seolah-olah seperti serpihan kapal terbang, kira-kira 50 batu (80km) ke selatan- barat Pulau Tho Chu," kata seorang pegawai Vietnam.

Pegawai Malaysia sebelum ini berkata masih tiada sebarang bangkai yang dijumpai.

Satu teori yang 'lebih jahat' timbul selepas seorang penulis blog Cina mendakwa bahawa "satu kumpulan minoriti Islam" mendakwa bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat.
Tags / Kata Kunci: vietnam , mh370 , mas , beijing

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan