Radar Militari Kesan MH370 Berpatah Balik

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 4:01 PM

Rodzali Daud.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.

Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).

"Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa," katanya.

Sementara itu, usaha mencari MH370 milik Malaysia Airlines terus dipergiat dengan jumlah keseluruhan aset yang digerak dalam operasi berkenaan meningkat kepada 22 pesawat dan 40 kapal.

Panglima Angkatan Tenteran Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian turut diperluas ke pantai barat semenanjung berbanding dari hanya di Laut China Selatan sebelum ini.

"Tanpa mengurangkan sumber kita di Laut China Selatan, jumlah aset yang digunakan ketika ini menyaksikan peningkatan kerana kita dibantu negara jiran," katanya.

Beliau berkata ini tidak termasuk aset yang digunakan oleh Vietnam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jauhari mengesahkan terdapat kerosakan di hujung sayap pesawat MH370 pada Ogos 2012 namun sudah dibaik pulih oleh Boeing dan mendapat kelulusan pelbagai pihak berkuasa.

"Pesawat itu selamat digunakan dan kami yakin dengan keupayaannya," kata beliau.

Ahmad Jauhari turut disoal berhubung dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu untuk menaiki pesawat itu.

"Kami memiliki rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari saat mereka mendaftar masuk sehinggalah mereka berlepas," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu dan bukan empat orang seperti yang dilapor sebelum ini.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH370 , TUDM , DCA , ATM , CCTV , KLIA , MAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan