PDRM Bekerjasama Dengan Agensi Antarabangsa Siasat Kehilangan MH370

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 4:04 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya PDRM sedang mengumpul maklumat daripada pelbagai pihak selain meneliti semula rakaman kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian sehingga pesawat berlepas.

Polis tidak meletakkan ancaman pengganas sebagai faktor utama kehilangan pesawat MH370 itu tetapi tidak menolak kemungkinan tersebut, katanya dalam sidang media, di sini Ahad.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung identiti penumpang yang dilapor menaiki pesawat berkenaan menggunakan pasport palsu.

Dalam sidang media di ibu negara pada Ahad, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nama keempat-empat penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu itu sudah diserahkan kepada agensi perisikan negara dan antarabangsa untuk siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, Khalid berkata PDRM juga akan menggerakkan anggotanya bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 ke Beijing itu dilapor hilang daripada radar menara kawalan trafik udara kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal.

Terdahulu Khalid menyampaikan sumbangan kepada 147 anggota PDRM yang terjejas banjir buruk awal Disember lepas.

Daripada jumlah itu, warga PDRM Kuantan paling banyak menerima bantuan iaitu 95 orang diikuti Dungun (45), Kuala Terengganu (5) dan Marang (2).

Masing-masing menerima bantuan RM530, sumbangan Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , PDRM , MAS , MH370 , KLIA , Boeing 777-200

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan