MAS Terbangkan Kumpulan Pertama Keluarga Penumpang Dari China Ke KL Isnin

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 8:29 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan menerbangkan kumpulan pertama keluarga penumpang pesawat MH370 esok untuk mendapatkan maklumat terkini, kata jurucakap MAS, Ignatious Ong Ming Choy pada Ahad.

Beliau berkata kumpulan pertama itu terdiri daripada hanya dua anggota keluarga penumpang pesawat itu memandangkan mereka mempunyai pasport dan visa yang sah ke Malaysia.

Jumlah sehingga lima anggota keluarga akan diterbang ke Kuala Lumpur dalam penerbangan berikutnya yang disediakan MAS kerana syarikat penerbangan itu mahu membawa seberapa banyak yang boleh keluarga penumpang pesawat itu ke KL, katanya pada persidangan media di Citic hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini.

Ong berkata bagi saudara-mara yang belum mempunyai dokumen yang sah, MAS akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Beijing, serta Jabatan Imigresen China untuk mempermudahkan proses permohonan.

Beliau berkata para penjaga dan sukarelawan daripada pasukan Go team MAS akan membantu dalam urusan pendaftaran anggota keluarga yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

MAS menempah tiga buah hotel untuk menempatkan anggota keluarga itu, kata Ong sambil berkata 100 daripada mereka menginap di hotel Lido di sini.

Beliau berkata anggota keluarga dibantu para penjaga dan sukarelawan Go Team MAS, yang juga kakitangan MAS. Mereka dilatih khusus oleh Yayasan Tzu-Chied, sebuah Yayasan Bantuan Buddha berpejabat di Taiwan.

Mengenai dakwaan sesetengah saudara-mara bahawa mereka telah membuat panggilan telefon kepada seorang penumpang dan panggilan telefon itu berbunyi sekali tetapi dimatikan kemudian, Ong berkata beliau sendiri beberapa kali cuba menghubungi nombor yang sama, iaitu nombor Singapura, tetapi tiada bunyi deringan yang diterima.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menyiasat.

Beliau berkata kes itu juga telah dimaklumkan kepada kedutaan Malaysia dan China masing-masing di Beijing dan di Kuala Lumpur.

Ong berkata pusat kawalan di Malaysia adalah telus dan akan memberi maklumat terkini kepada anggota keluarga serta media tentang perkembangan terkini.

Ketika ditanya tentang radar tentera yang menerima isyarat 'penerbangan berpatah balik', beliau berkata pusat kawalan di Kuala Lumpur akan memberi maklumat terkini tentang perkara itu.

Ong berharap anggota keluarga bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang lebih buruk kerana belum ada penemuan tentang lokasi pesawat itu selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama lebih 30 jam.

Penerbangan MH370 MAS, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu.

Tags / Kata Kunci: MAS , Beijing , MH370 , KLIA , Malaysia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan