Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam - Berita Semasa | mStar

Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 10:06 AM

Antara ahli keluarga penumpang pesawat penerbangan MH 370 yang dipercayai hilang dari radar awal pagi Sabtu berada di Anjung Tinjau, KLIA). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.

Tags / Kata Kunci: Tumpahan Minyak , MH370 , Pulau Tho Chu , Vietnam
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan