Saiful Bersyukur Dengan Keputusan Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 9:34 PM

Mohd Saiful Bukhari Azlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat bersyukur terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Ketua Pembangkang itu bersalah di atas tuduhan meliwatnya pada 2008.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kebenaran yang amat penting dan bermakna untuk dirinya dan keluarga.

"Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah pada Jumaat yang memihak pada saya.

"Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah pada Jumaat. Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya. Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.

"Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya," katanya dalam entri bertajuk 'Benar Janji Allah' di laman blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Saiful turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bersama beliau selama ini.

"Allah sahaja mampu membalasnya. Akan terus Istiqamah. Kepada Allah saya berserah," katanya.

Pada petang Jumaat, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas didapati bersalah meliwat Saiful, enam tahun lalu.

Anwar dituduh meliwat Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tags / Kata Kunci: Saiful Bukhari , Anwar , Kes Liwat , Mahkamah Rayuan , 2008

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan